Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Taiwan tahan 41 nelayan China kerana ceroboh tuai batu karang

Mar 29, 2016 | 08:04 AM



TAIPEI: Pengawal pantai Taiwan berkata ia menahan 41 nelayan China yang mempunyai 15 tan terumbu karang haram dan penyu terancam berhampiran sebuah pulau karang yang dipertikai di Laut China Selatan.



Para nelayan itu ditahan pada 22 Mac selepas kapal 300 tan mereka ditemui beroperasi secara haram di luar pantai Pulau Tonga, dalam misi terbesar Taiwan yang menyasarkan kegiatan nelayan haram yang berleluasa di perairan yang dipertikai itu.



Pegawai kemudian menemui terumbu yang dituai itu di kapal tersebut, bersama tiga penyu terancam dan kira-kira 40 kilogram bahan kimia yang digunakan untuk membunuh ikan, kata pengawal pantai pada Isnin (28 Mac).



"Kerosakan yang mereka sebabkan ke ata sistem ekologi Tongsha sukar dianggar," kata Encik Allen Chen, zamil penyelidikan di Pusat Penyelidikan Biodiversiti Taiwan.



"Kapal China tersebut akan memperoleh kekayaan besar jika ia dapat meloloskan diri dengan jumlah besar terumbu berharga itu dan menjualnya di negara mereka," katanya.



Encik Chen berkata permintaan bagi batu karang di China telah meningkat seiring dengan pembangunan ekonomi yang berterusan.



Pulau karang itu terletak kira-kira 240 batu nautika dari pelabuhan Kaohsiung di selatan Taiwan dan juga dituntut China.



Pendakwa Taiwan sedang bersiap untuk mendakwa anak-anak kapal China itu dengan pertuduhan melanggar undang-undang perlindungan hidupan liar dan undang-undang yang mengawal perdagangan antara Taiwan dan China.



Jika sabit kesalahan, para nelayan itu boleh menghadapi hukuman penjara hingga setahun serta denda. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >