DALAM beberapa tinjauan sebelum Pemilihan Umum 2014 (Pemilu), Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), yang kini merupakan parti pembangkang, dijangka menguasai Parlimen Indonesia.
Ramai berpendapat pencalonan Gabenor Jakarta, Encik Joko Widodo, yang terkenal dengan kejujurannya, telah membantu PDI-P memacu ke hadapan - sedang isu cegah rasuah dianggap sebagai faktor utama semasa rakyat Indonesia memilih wakil rakyat mereka.