Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Takluki Gaza satu kesilapan besar: Biden

Nov 16, 2023 | 02:58 PM



WOODSIDE (California): Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyatakan bahawa beliau telah menegaskan kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bahawa penyelesaian dua negara merupakan satu-satunya jawapan untuk menyelesaikan konflik Israel-Palestin.


Beliau juga menyebut bahawa pendudukan ke atas Gaza akan menjadi “kesilapan besar.”

Dalam pertemuan dengan wartawan, Encik Biden menegaskan bahawa beliau sedang melakukan segala daya upaya untuk membebaskan tebusan yang ditahan oleh kumpulan militan Hamas di Gaza. Namun, beliau menegaskan ini tidak bererti menghantar tentera Amerika Syarikat.

Encik Biden, dalam mesejnya sebelum ini kepada tebusan menyebut “tunggu di sana, kami akan datang” telah menimbulkan persoalan. Beliau menjelaskan maksudnya dalam sidang akhbar: “Apa yang saya maksudkan adalah, saya sedang melakukan segala kemampuan saya untuk membantu anda keluar. Saya tidak bermaksud menghantar tentera... Saya tidak bercakap tentang tentera.”

Presiden Biden juga menegaskan bahawa beliau sedang berusaha tanpa henti untuk membebaskan tebusan, termasuk seorang kanak-kanak Amerika berusia tiga tahun. Perantaraan untuk pembebasan lebih dari 240 tebusan sedang dipimpin oleh Qatar.

Menurut laporan, Israel telah melancarkan serangan hebat ke atas Gaza yang diperintah Hamas, menyebabkan lebih dari 11,000 orang terbunuh dan ramai lagi yang terperangkap di bawah runtuhan. Encik Biden menuduh Hamas melakukan kejahatan perang dengan meletakkan markas tenteranya di bawah sebuah hospital.

Katanya, Hamas melakukan jenayah perang dengan menempatkan ibu pejabat tenteranya di bawah hospital.

Menurutnya, Israel pergi ke hospital terbesar di Gaza, Al-Shifa, dengan bilangan tentera yang terhad dan tidak mengebom keseluruhan tapak berkenaan.

“Mereka diberitahu...kami membincangkan keperluan untuk mereka berhati-hati,” kata Encik Biden.

Dalam menyatakan pendiriannya, Encik Biden menekankan kepada Israel mengenai kewajipan mereka untuk berhati-hati dalam mengejar sasaran dan menyatakan bahawa Israel juga membawa masuk inkubator dan peralatan lain untuk membantu penduduk, serta memberi peluang kepada doktor, jururawat, dan staf lain untuk mengelak dari bahaya.

Bagaimanapun, Encik Biden berkata, adalah `tidak realistik’ untuk mengharapkan Israel menghentikan tindakan ketenteraannya, memandangkan terdapat ancaman oleh Hamas bahawa mereka berhasrat untuk menyerang Israel sekali lagi.

Israel berkata, tenteranya menemui senjata dan peralatan tempur di Hospital Al-Shifa ketika operasi pencarian. Hamas bagaimanapun menolak dakwaan itu dan menyifatkan ia sebagai ‘pembohongan’.

Encik Biden berkata beliau sudah memberitahu Encik Netanyahu bahawa perang hanya akan berakhir apabila penyelesaian dua negara dicapai.

“Saya terang-terangan berkata kepada Israel, kepada Bibi (PM Nentanyahu) dan kabinet perangnya, bahawa saya rasa satu-satunya jawapan di sini adalah huraian dua negara.Kita perlu sampai ke tahap di mana kita boleh berunding tanpa berasa bimbang tentang Hamas, yang akan mengulangi apa yang dilakukan pada 7 (Oktober),” kata Encik Biden.

Presiden Biden juga berkata beliau tidak tahu berapa lama konflik yang meletus akan berlarutan.

“Saya sudah katakan kepada Israel bahawa saya rasa ia satu kesilapan besar untuk menduduki Gaza dan kekal di sana. Saya tidak rasa ia berkesan,” katanya lagi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >