SEGAMAT: Seorang wanita terkejut apabila mendapati seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter berada di kawasan rumah ibunya di Jalan Tahang Rimau, di sini, Sabtu lalu.
Dalam kejadian sekitar 5.30 petang itu, Cik Sabrina Asraf, 31 tahun, membasuh pinggan di dapur sebelum menjenguk ke luar tingkap selepas berasa pelik ketika terdengar bunyi bising haiwan peliharaan ibunya.