Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tan Sri Khalid kekal Menteri Besar Selangor

Aug 11, 2014 | 03:04 PM



SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengumumkan beliau masih Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.


Perkara itu dimaklumkan beliau sendiri dalam satu sidang media di pejabatnya di sini selepas mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dalam pertemuan beliau dengannya di Istana Alam Shah, Klang pagi tadi.


Dalam pertemuan itu juga, beliau juga memaklumkan masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor.


Tan Sri Abdul Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang akan mengadakan pertemuan dengan semua Exco terutama dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk bertanyakan sokongan mereka terhadapnya, esok, selain memaklumkam 4 Exco PAS sebelum ini sudah membuat ketetapan menyokong beliau.


Tan Sri Abdul Khalid pagi tadi juga menghadiri mesyuarat Majlis Dewan Diraja Selangor yang berlangsung lebih dua jam.


Kemelut jawatan Menteri Besar Selangor mencapai tahap kronik selepas PKR mengumumkan mahu menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid dan diganti dengan Presiden parti itu, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Cadangan itu mendapat sokongan daripada pimpinan tertinggi parti DAP dan PKR, namun Parti Agama SeMalaysia (PAS) mengambil pendirian berbeza, mahu Tan Sri Abdul Khalid dikekalkan.


Kelmarin, Tan Sri Abdul Khalid dipecat keahliannya dalam PKR oleh Lembaga Disiplin parti itu.


Beliau berkata, kerajaan Selangor boleh berfungsi dengan empat Exco dari Pas yang menyokong dirinya tanpa wakil DAP dan PKR.


Katanya, peraturan di negeri Selangor membenarkan minumum empat Exco dan maksimum 10 orang dilantik untuk mentadbir kerajaan neger itu.


Selain itu, Tan Sri Khalid turut mempertimbang untuk menyertai PAS namun perlu diteliti sebelum keputusan muktamad dibuat.


"Perkara itu (masuk PAS) akan dipertimbangkan tapi saya kena bersihkan terlebih dahulu segala tohmahan buruk yang dilemparkan PKR," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, sebentar tadi. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >