Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tanah runtuh di Karak disebab limpahan kawasan tadahan air

Nov 12, 2015 | 03:29 PM



BENTONG (Pahang): Kejadian tanah runtuh di Lebuh Raya Karak pada Rabu (11 Nov) disebabkan limpahan kawasan tadahan air, bukan pembalakan di atas bukit berdekatan, kata Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Datuk Soiman Jahid berkata hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan kawasan tadahan itu melimpah, membawa sama endapan dan lumpur yang menjadi tanah runtuh.


"Limpahan itu membawa sama sampah, balak dan batu besar dari bukit tersebut," beliau memberitahu media semasa satu taklimat di tempat kejadian pada Khamis (12 Nov).


"Jika berlaku hujan lebat lagi, limpahan akan berlaku lagi."


Ditanya apakah tanah runtuh itu disebabkan oleh pembalakan, beliau menolaknya dan berkata punca utamanya ialah limpahan kawasan tadahan.


Pada 2 petang Khamis, semua lorong di lebuh raya itu - yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Kuantan di Pahang - masih ditutup, dengan kerja pembersihan di kilometer 52.4 menuju ke Kuala Lumpur masih dijalankan. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >