Tanah runtuh Guatemala: Korban kini 131 dan 300 masih hilang

SANTA CATARINA PINULA (Guatemala): Korban kejadian tanah runtuh di sebuah kampung di luar Guatemala City meningkat kepada 131, menurut para pegawai pada Ahad (4 Okt), tiga hari selepas kejadian.

"Malangnya, kiraan baru menunjukkan 131 disahkan mati dan ditemui" dan kira-kira 300 orang masih hilang dan belum ditemui, kata jurucakap pasukan bomba sukarela, Julio Sanchez.

Beberapa kanak-kanak, termasuk bayi baru lahir, antara yang mati dalam kejadian pada malam Khamis itu, yang memusnahkan 125 rumah di El Cambray II, dalam kawasan perbandaran Santa Catarina Pinula.

Pihak berkuasa perbandaran telah beberapa kali menggesa masyarakat kampung itu supaya pindah, terakhir November tahun lalu, tetapi ramai keluarga enggan dan berkata mereka tidak mempunyai tempat tinggal lain. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 56
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.