Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tanda awal AS, Russia mula bekerjasama berkaitan konflik Syria

Nov 05, 2015 | 01:40 PM



MOSCOW: Moscow berkata ia bekerja bersama kumpulan pembangkang dalam serangan udara terbarunya di Syria, manakala Amerika berkata juruterbangnya berhubungan dengan pesawat Russia, dalam tanda-tanda awal bahawa dua kuasa dunia itu telah mula bekerjsama untuk menamatkan perang saudara di Syria menjelang rundingan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).


Russia berkata jetnya mengebom 24 sasaran di Syria menggunakan koordinat yang dibekalkan oleh "wakil pembangkang" - kali pertama ia mendakwa telah bekerja bersama kumpulan yang menentang rejim Presiden Bashar al-Assad sejak serangan udara bermula.


"Koordinat bagi semua sasaran ini telah diberi kepada kami oleh wakil-wakil pembangkang," kata pegawai kanan tentera Andrei Kartapolov pada Selasa (3 Nov), tanpa menyatakan kumpulan yang terlibat.


Beberapa jam kemudian, Pentagon berkata juruterbang pejuangnya telah berhubungan secara langsung dengan jet Russia di ruang udara Syria dalam ujian pertama strategi baru yang bertujuan memastikan kempen selari dua pihak itu "tidak meluap menjadi konflik" antara mereka.


Washington dan Moscow menandatangani satu perjanjian pada 20 Oktober untuk menyusun atur kaedah-kaedah bagi menjaga agar juruterbang mereka tidak bertindak ke atas satu sama lain di udara, selepas beberapa peristiwa meningkatkan kemungkinan mereka bertembung di udara atau berlaku beberapa perkara berbahaya lain.


Satu pasukan perikatan pimpinan Amerika melancarkan serangan udara ke atas kumpulan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) sejak Disember tahun lalu, manakala Russia memulakan kempennya sendiri pada September, menyasarkan kumpulan lebih luas, termasuk yang menentang Encik Assad.


Kuasa-kuasa Barat mengatakan kempen Russia itu bertujuan menyokong Encik Assad, yang dituntut Amerika supaya meletak jawatan.


Penyelarasan antara Russia dan Amerika itu diadakan sedang Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, dijadual menemui utusan PBB bagi Syria, Encik Staffan de Mistura, di Moscow pada Rabu.


Pada Jumaat lalu, mereka bertemu di Vienna bersama diplomat dari 17 pemain antarabangsa lain, termasuk Amerika, Iran dan Arab Saudi, dalam usaha lebih luas untuk menamatkan konflik empat tahun di Syria itu.


Para peserta - yang tidak termasuk wakil pemerintah Syria atau penentangnya - bersepakat meminta PBB menjadi orang tengah bagi mencapai perjanjian damai antara rejim dan pembangkang negara itu untuk membuka jalan bagi perlembagaan baru dan pilihan raya diadakan.


Bagaimanapun, mereka tidak sepakat mengenai nasib Encik Assad, dengan Russia dan Iran menentang tekanan daripada kuasa Barat dan Arab Saudi untuk memaksa pemimpin Syria itu berundur. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >