NASIB jemaah yang akan berangkat menunaikan umrah akhir Ramadan dan yang akan kembali ke Singapura selepas menunaikan umrah menjadi tanda tanya selepas Qatar Airways membatalkan semua penerbangan ke dan dari Arab Saudi.
Namun, Qatar Airways dan ejen pelancongan sedang sedaya upaya mendapatkan penerbangan alternatif bagi yang terjejas.