Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tangkap ikan haram: Indonesia 'akan panggil duta China'

Mar 21, 2016 | 10:39 AM



JAKARTA: Menteri Kelautan dan Perikanan Indonesia, Cik Susi Lahat, merancang memanggil duta China di Jakarta pada Isnin (21 Mac) berhubung satu kejadian di Laut Natuna melibatkan bot nelayan haram China.



"Esok, saya akan memanggil duta China ke pejabat saya," kata Cik Susi kepada pemberita di kediamannya pada Ahad, lapor akhbar The Straits Times pada Isnin.



"Pemerintah mereka tidak boleh menyokong penangkapan ikan secara haram dan tidak terkawal."



Cik Susi berkata pihak berkuasa Indonesia memintas sebuah kapal China, KM Kway Fey, dan menahan lapan anak kapalnya selepas ia dikesan menangkap ikan secara haram di perairan berhampiran Laut China Selatan yang menjadi pertikaian.



Sebuah kapal pengawal pantai China campur tangan dan, menurut Detiknews, bertembung dengan Kway Fey semasa ia sedang ditarik oleh sebuah kapal Indonesia.



Akibatnya, kapal nelayan China itu dapat mengelakkan daripada ditahan.



Cik Susi, yang terkenal dengan pendirian tegas beliau terhadap penangkapan ikan secara haram dan membenarkan kapal yang ditangkap berbuat demikian di perairan Indonesia diletupkan, berkata nota diplomatik akan dihantar ke China.



Beliau menegaskan Kway Fey mesti dikenakan tindakan. "Saya mahu kapal itu diletupkan di sini," katanya.



Seorang pegawai Kementerian Luar di Jakarta, Encik Edi Yusuf, berkata kementerian itu juga akan memanggil duta China sebaik sahaja ia menerima maklumat lanjut mengenai kejadian Sabtu lalu.



Dalam perkembangan berkaitan, pegawai Filipina mengalu-alukan pada Ahad satu perjanjian baru yang memberi tentera Amerika Syarikat akses kepada lima pangkalan Filipina, dan berkata ini akan mengukuhkan keupayaan pertahanan dan keselamatan maritim negaranya.



Di bawah perjanjian itu, tentera Amerika boleh bergilir-gilir pergi ke lima pangkalan Filipina, termasuk yang dekat dengan Laut China Selatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >