Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Tapah kekal ditandingi PKR, Changkat Jong untuk DAP

Nov 01, 2022 | 05:30 AM



IPOH: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong akan ditandingi calon DAP bukan Parti Amanah Negara (Amanah) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Beliau berkata kerusi Parlimen Tapah pula akan ditandingi calon PKR bukan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).



Datuk Anwar berkata, keputusan itu dibuat hasil perbincangan antara pimpinan tertinggi PH, semalam.



Menurutnya, antara yang hadir dalam rundingan itu ialah beliau sendiri, Timbalan Presiden PKR, Encik Rafizi Ramli; Setiausaha Agung DAP, Encik Anthony Loke; Setiausaha Organisasi Kebangsaan, Encik Steven Sim; Presiden Amanah, Encik Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Amanah, Datuk Hatta Ramli.



Mengenai kerusi Changkat Jong, Datuk Anwar berkata Amanah dan DAP mengemukakan hujah untuk meletakkan calon sendiri namun keputusan bersama diputuskan memihak kepada DAP.



"Dalam 10 hari lepas, kedua-dua parti (DAP dan Amanah) telah memohon dan Majlis Presiden PH yang berbincang setuju agar Changkat Jong kekal dengan DAP.



"Amanah ada berikan hujah yang agak kuat untuk pertahankan Changkat Jong, DAP juga begitu dan setelah ambil kira semua (aspek), keputusan secara konsensusnya diberi kepada DAP," katanya.



Beliau ditemui pada program minum petang bersama Anwar Ibrahim di Warung Nasi Lemak Kak Nor di Kampung Ulu Chemor semalam.



Kerusi DUN Changkat Jong menjadi pertikaian selepas Naib Pengerusi Amanah negeri, Dr Muhaimin Sulam, mengumumkan calon parti itu bagi bertanding di kawasan berkenaan.



DAP kemudian mengumumkan Setiausaha Publisiti DAP Teluk Intan, Encik Badrul Hisham Badarudin, iaitu muka baru sebagai calon di kerusi tersebut.



Sebelum ini media melaporkan Ketua Amanah Kawasan Teluk Intan, Encik Ahmad Munzirie Ahmad Kabir, berkata kerusi DUN Changkat Jong perlu kekal menjadi milik Amanah pada PRU15.



Jelas Encik Ahmad Munzirie, mengikut persefahaman bersama, bagi kerusi DUN Changkat Jong, persetujuan dicapai untuk diberikan kepada Amanah berdasarkan komposisi dua kerusi DAP dan satu kerusi Amanah. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >