Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tayangan perdana filem 'Muhammad' di Iran ditangguh

Aug 27, 2015 | 10:58 AM



TEHERAN: Tayangan perdana yang ditunggu-tunggu filem Iran yang bernilai jutaan dolar, 'Muhammad', ditangguh semalam selama 24 jam kerana masalah teknikal, kata seorang jurucakap.


Filem itu menelan belanja kira-kira AS$40 juta ($56 juta) dan mengambil masa lebih tujuh tahun untuk disiapkan.


Sepanjang 171 minit, ia dibintangi ramai bintang Iran dan seharusnya ditayang di sekitar 140 pawagam seluruh Iran semalam, sehari sebelum dibuka di Festival Filem Montreal.


Tetapi ia kini akan ditayang di Teheran hari ini, sama seperti di Canada, ujar jurucakap filem tersebut.


Media Iran melaporkan penangguhan itu disebabkan trek audio filem tersebut tidak sesuai dengan sistem bunyi sedia ada di pawagam Iran.


'Muhammad' ialah bahagian pertama trilogi mengenai kehidupan Nabi Muhammad saw. Ia menggambarkan peristiwa sebelum kelahiran dan sehingga tahun-tahun remaja beliau, sebelum beliau menjadi nabi.


Walaupun Iran mengecam kartun menggambarkan Nabi Muhammad saw, sebagaimana diterbitkan oleh majalah satira Perancis, Charlie Hebdo, kaum Syiah umumnya lebih kendur daripada Sunni berhubung gambaran tokoh agama. Namun, filem itu tidak menunjukkan wajah Nabi Muhammad saw. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >