DES MOINES (Iowa): Senator Ted Cruz mengalahkan jutawan Donald Trump dalam pertandingan menjadi wakil Republikan bagi calon presiden Amerika Syarikat di Iowa, mengenakan kejutan besar ke atas calon utama itu.
Encik Cruz, seorang ahli parlimen konservatif dari Texas, menang dengan 28 peratus undi berbanding 24 peratus bagi ahli perniagaan Trump, menurut MSNBC.
Encik Marco Rubio, seorang senator dari Florida, di tempat ketiga dengan 23 peratus dalam kokus Iowa ini, menjadikan beliau antara yang di depan dalam kalangan calon Republikan.
Bagi parti Demokratik pula, mantan Setiausaha Negara Hillary Clinton sedang mendahului dalam kokus Iowa dengan kelebihan kecil ke atas pesaing Bernie Sanders, seorang senator sosialis demokratik dari Vermont.
Cik Clinton di bawah tekanan untuk menang di Iowa sebelum ke kokus New Hampshire, di mana Encik Sanders, yang berasal dari negara jiran Vermont, berada kukuh di depan. - Reuters
(Laporan ini sedang berkembang)