Ted Cruz undur dari saingan calon presiden Amerika, Trump kian berjaya

INDIANAPOLIS: Pesaing utama jutawan Donald Trump, Senator Ted Cruz, berkata pada Selasa (3 Mei) beliau akan "menggantung" kempennya untuk menjadi calon Parti Republikan bagi pilihan raya presiden Amerika Syarikat, tidak lama selepas ditewaskan di pemilihan awal Indiana.

Kemenangan Encik Trump di Indiana meletak beliau dalam kedudukan hampir tidak dapat dikalahkan bagi pencalonan Republikan.

Encik Trump diunjur menang oleh rangkaian televisyen sejurus selepas pusat undi ditutup di Indiana pada Selasa.

Jutawan New York itu diunjur meraih lebih 50 peratus undi, melebihi Encik Cruz hampir 20 peratus dan Gabenor Ohio, Encik John Kasich, di tempat ketiga dengan 8 peratus.

Encik Cruz mengharapkan kemenangan di Indiana untuk menyekat kemajuan Encik Trump.

Encik Trump telah mendapat undi 1,002 perwakilan, menurut kiraan CNN. Jika beliau menyapu 57 wakil Indiana, beliau hanya memerlukan 40 peratus daripada baki perwakilan Republikan untuk mencapai bilangan 1,237 yang diperlukan bagi mendapat penamaan calon Republikan untuk pilihan raya presiden pada 8 November. - Agensi

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 52
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.