MOSCOW: Russia dijangka menghadapi tekanan diplomatik yang semakin meningkat apabila Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pemimpin Eropah mengadakan perbincangan tergempar mengenai Ukraine lewat malam ini.
Namun, Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, berkata percubaan "oleh rakan-rakan kami" yang ingin mengambil tindakan melalui pemerhati demokrasi seperti Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) dan perikatan ketenteraan Nato tidak akan membantu dari segi kerjasama dan dialog.