Teknisyen Air India maut 'disedut ke dalam enjin pesawat'

MUMBAI: Seorang teknisyen Air India terbunuh selepas disedut ke dalam enjin jet, apabila pesawat itu berundur untuk berlepas di lapangan terbang Mumbai, umum syarikat penerbangan itu.

Kemalangan aneh pada Rabu (16 Dis) petang itu berlaku apabila pembantu juruterbang penerbangan AI619 ke Hyderabad di selatan India tersalah anggap isyarat daripada kakitangan di lapangan terbang dan menghidupkan enjin.

Ia menyedut Encik Ravi Subramanian, yang berdiri tidak jauh dari pesawat tersebut, lapor akhbar Press Trust of India, memetik sumber tanpa nama di Air India.

Syarikat penerbangan itu menulis di Twitter rasminya bahawa seorang teknisyen "meninggal dunia dalam kejadian tidak diingini semasa pesawat penerbangan AI619 ditolak ke belakang", tanpa menyatakan apa yang berlaku.

Kemalangan itu sedang disiasat, ujarnya.

Syarikat penerbangan negeri itu, yang tidak melaporkan keuntungan tahunan sejak 2007, dilanda rentetan masalah teknikal dan insiden memalukan lain, termasuk kakitangan datang lewat untuk penerbangan.

Pada April, ia menggantung dua juruterbang kerana bergaduh sebelum berlepas. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 30
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.