Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Teksi KL 'potong kepala' pelancong kenakan $256 bagi perjalanan 5 minit

Jan 12, 2017 | 03:06 PM



KUALA LUMPUR: Lesen seorang pemandu teksi dibatalkan selepas beliau mengenakan dua pelancong tambang sebanyak RM800 ($256) bagi satu perjalanan sejauh 1.5 km di Kuala Lumpur bulan lalu.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad) Malaysia berkata pada Khamis (12 Jan) ia telah membatalkan lesen teksi dan permit kenderaan pemandu itu kerana mengenakan tambang berlebihan, selepas menyiasat aduan oleh pelancong dari Perancis itu.

Dua pelancong tersebut dikenakan tambang bagi perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur ke Masjid Negara pada 17 Dis, iaitu perjalanan 1.5 km yang biasanya mengambil masa hanya lima minit.

"Spad akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendalinya. Jika sabit kesalahan, pengendali boleh dikenakan hukuman denda dan/atau penjara dan kenderaan itu dirampas," kata Spad dalam satu kenyataan.

"Individu terlibat juga akan disenaraihitamkan untuk menghalang beliau mendapatkan lesen pengendali teksi pada masa akan datang," katanya.

Spad berkata pemandu teksi itu melanggar syarat-syarat di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat, yang antara lain menyatakan meter harus digunakan untuk menentukan tambang teksi bajet dan resit harus dikeluarkan bagi sesuatu perjalanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >