Tentera Amerika 'akan terus beroperasi di Laut China Selatan'

BEIJING: Angkatan tentera Amerika Syarikat akan terus beroperasi di Laut China Selatan mengikut undang-undang antarabangsa, kata Ketua Operasi Tentera Laut Amerika, Laksamana John Richardson, pada Rabu (20 Jul) semasa lawatan ke sebuah pangkalan tentera laut China.

China enggan mengiktiraf keputusan mahkamah timbang tara di The Hague yang membatalkan tuntutannya di Laut China Selatan dan tidak mengambil bahagian dalam prosiding yang dibawa oleh Filipina.

Beijing telah berkali-kali menyalahkan Amerika kerana, menurutnya, mencetuskan masalah di Laut China Selatan, laluan air strategik di mana perdagangan bernilai lebih AS$5 trilion ($ 6.8 trilion) lalui setiap tahun.

China, Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam mempunyai tuntutan bertindih di laut itu, yang dituntut hampur keseluruhannya oleh Beijing.

Amerika telah menjalankan rondaan 'kebebasan pelayaran' berhampiran pulau buatan China di laut tersebut, menimbulkan kemarahan Beijing, manakala China telah mengukuhkan kehadiran tenteranya di sana.

Semasa pertemuan dengan Laksamana Muda Yuan Yubai, komander Armada Laut Utara China, Laksamana Richardson "menekankan kepentingan operasi sah lagi selamat di (Laut) China Selatan dan di tempat lain di mana tentera laut profesional beroperasi", kata Tentera Laut Amerika.

Tentera Amerika akan terus belayar, terbang dan beroperasi di mana sahaja yang dibolehkan undang-undang antarabangsa, tambah beliau.

Laksamana Richardson bekata: "Tentera Laut Amerika Syarikat akan terus menjalankan operasi rutin dan sah di seluruh dunia, termasuk di Laut China Selatan, untuk melindungi hak, kebebasan dan kegunaan sah daripada laut dan ruang udara yang dijamin buat semua. Ini tidak akan berubah."

Seorang laksamana kanan China berkata pada hujung minggu rondaan 'kebebasan pelayaran' yang dijalankan oleh tentera laut asing di Laut China Selatan boleh berakhir "dalam bencana".

Laksamana Richardson berkata beliau menyokong pengukuhan hubungan antara tentera laut Amerika dan China, "tetapi saya akan terus menilai semula sokongan saya, yang bergantung pada interaksi selamat dan profesional berterusan di laut". - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 24
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.