Tentera Amerika kawal kedutaan di Baghdad

WASHINGTON (Amerika Syarikat): Presiden Barack Obama berkata, seramai 275 askar Amerika telah dikerah ke Iraq bagi membantu kakitangan kedutaan negara Amerika itu di Baghdad, katanya dalam sepucuk surat kepada pemimpin Kongres.

Menurut Encik Obama, pasukan itu dihantar semalam dan akan bertanggungjawab melindungi rakyat dan harta benda AS serta dilengkapi kelengkapan untuk menghadapi pertempuran.

``Pasukan ini akan kekal di Iraq sehingga situasi keselamatan menentukan keperluannya," katanya.

Tindakan itu diambil ketika militan dari kumpulan negara Islam Iraq dan jajahannya (ISIL) menyerang dan merampas kawalan ke atas bandar-bandar di utara Iraq. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:51
Syuruk
7:14
Zuhur
1:16
Asar
4:39
Maghrib
7:17
Isyak
8:30
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.