Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Indonesia gali terusan di tanah mudah terbakar di Kalimantan

Oct 01, 2015 | 11:31 AM



Tiga belas kenderaan pengorek telah dikerah untuk menggali terusan di kawasan Jabiren Raya di daerah Pulang Pisau, tempat paling sering berlaku kebakaran di wilayah Kalimantan Tengah.


Kira-kira 300 anggota tentera dihantar ke sana Sabtu lalu untuk melaksana tugas tersebut, yang bertujuan mengekalkan kelembapan dalam tanah gambut, yang jika tidak, akan kekeringan.


Sebatang terusan tujuh kilometer separuh siap di jalan yang merintangi Kalimantan disambungkan ke sungai Kahayan yang berhampiran.


Sebuah terusan utama kemudian akan dihubungkan ke 28 terusan lain sepanjang 300 meter hingga ke kawasan semak liar. Pada hujung setiap satu daripada 28 terusan itu, takungan penyimpanan air sedalam empat meter akan dibina.


"Terusan-terusan ini akan membantu membasahi tanah gambut, manakala 'embung' (takungan simpanan air) menjadi sumber air untuk digunakan bagi memadamkan kebakaran jika kebakaran masih berlaku," komander projek pembinaan terusan itu, Major Slamet Riyadi, memberitahu akhba The Straits Times.


Apabila siap, projek itu akan mempunyai dua terusan utama sepanjang tujuh meter yang boleh membantu mengekalkan kelembapan tanah gambut seluas 350 hektar.


Terusan utama itu seluas tiga meter dan sedalam empat meter.


Mejar Slamet berharap projek itu dapat disiapkan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari mendatang. Ia sudah 30 peratus siap.


Indonesia sedang meningkatkan usaha melawan api yang membara di Kalimantan dan Sumatera, dan menyediakan satu sistem yang akan membantu mencegah kebakaran hutan.


Presiden Joko Widodo berkata kebakaran tanah dan hutan ialah masalah kejuruteraan dan beliau telah mengarahkan tentera serta Kementerian Kerja Raya membantu menggali terusan untuk mengekalkan kelembapan dalam tanah gambut pada musim kemarau.


Bagaimanapun, tanah yang luas di Kalimantan dan Sumatera menimbulkan cabaran besar. Sehingga projek seperti di Pulang Pisau itu dapat dilaksana di kawasan mudah terbakar lain, kebakaran akan terus menjadi ancaman tahunan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >