Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Iraq hampir rampas semula Ramadi daripada ISIS

Dec 28, 2015 | 10:20 AM



BAGHDAD: Tentera Iraq telah mengetatkan kepungan mereka ke atas kubu kuat kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di bandar barat Ramadi, kata para pegawai pada Ahad (27 Dis).


Mereka telah mengelilingi kompleks pemerintah di Ramadi, kubu terakhir ISIS di bandar itu, dan sedang hampir memasukinya, jurucakap perintah operasi bersama, Brigadier Yahya Rasool.


"Kami sedang membersihkan bangunan dan jalan di sekitarnya daripada bom dalam persediaan untuk memasukinya," kata beliau.


Merampas kembali Ramadi, yang jatuh kepada militan Mei lalu, akan menjadi salah satu kemenangan paling penting bagi angkatan tentera Iraq sejak ISIS menakluki satu pertiga negara itu tahun lepas.


Ramadi terletak kira-kira 100 kilometer ke barat Baghdad dan adalah ibu kota Anbar, wilayah terbesar Iraq yang berkongsi sempadan dengan Syria, Jordan dan Arab Saudi.


Militan "seolah-olah telah melarikan diri daripada kompleks ini, kami tidak menghadapi apa-apa tentangan", kata Encik Sabah al-Numani, jurucakap unit bagi memerangi pengganasan yang memimpin pertempuran pihak pemerintah.


"Kami melihat banyak mayat (anggota ISIS), terbunuh dalam serangan udara ke atas kawasan itu," katanya.


Angkatan tentera pemerintah Iraq disokong oleh sokongan udara daripada pasukan perikatan sejagat yang diketuai Amerika Syarikat.


Kehadiran beratus-ratus jerangkap samar dan bom tepi jalan serta penembak curi dan serangan bom kereta berani mati bermakna, mereka masih perlu bertempur untuk merebut kembali bandar tersebut, selepas enam hari berusaha.


Militia Syiah, yang disokong Iran, memainkan peranan utama dalam serangan lain terhadap ISIS, tetapi dilarang oleh pemerintah Iraq menyertai medan perang di Ramadi demi mengelakkan ketegangan mazhab memandangkan ISIS sebuah kumpulan Sunni.


Jika serangan di Ramadi berjaya, ia akan menjadi bandar utama kedua dirampas semula daripada ISIS selepas Tikrit, pada April lalu.


Pegawai berkata bandar itu kemudian akan diserahkan kepada polis tempatan dan sebuah kuasa puak Sunni.


Selepas Ramadi, tentera merancang bergerak untuk merebut kembali bandar utara Mosul, pusat penduduk terbesar di bawah ISIS di Iraq dan Syria.


Mengeluarkan militan dari Mosul, yang mempunyai hampir dua juta penduduk sebelum perang, bermakna menghapuskan struktur negara ISIS di Iraq dan menghalang mereka daripada sumber utama pembiayaan, yang datang sebahagiannya daripada minyak dan sebahagiannya daripada bayaran serta cukai ke atas penduduk. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >