Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Iraq kian mara dalam serangan bagi rampas semula Mosul

Oct 24, 2016 | 02:36 PM



ERBIL (Iraq): Tentera Iraq berjuang mengatasi perangkap samar, penembak curi dan bom kereta untuk terus mencengkam Mosul, kubu kuat terakhir Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di Iraq, di samping memburu anggota kumpulan pengganas itu yang menyerang di kawasan lain.



Tentera Kurdi mengumumkan pada subuh Ahad (23 Oktober) ia mara ke kawasan baru, Bashiqa, di timur laut Mosul, tempat kira-kira 10,000 askar terlibat dalam serangan besar untuk merampas bandar tersebut daripada ISIS.



Perdana Menteri Turkey, Encik Binali Yildirim, berkata pasukan Kurdi itu meminta dan menerima bantuan ketenteraan daripada negaranya.



"Mereka meminta bantuan daripada tentera kami di pangkalan Bashiqa. Kami menyediakan sokongan meriam, kereta kebal dan meriam katak," kata Encik Yildirim kepada pemberita di barat Turkey pada Ahad.



Ini datang sehari selepas Baghdad menolak cadangan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Encik Ashton Carter, yang bertemu pemimpin Kurdi Massoud Barzani pada Ahad, agar Tuarkey diberi peranan dalam pertempuran tersebut.



Dilancarkan Isnin lalu (17 Okt), serangan itu menimpakan tamparan kepada 'pemerintahan khalifah' yang diisytihar ISIS di Iraq dan Syria.



Encik Carter berkata pada Ahad bahawa idea operasi serentak ke atas Mosul dan Raqqa di Syria "sebahagian daripada perancangan kami untuk beberapa lama".



Beliau juga berkata memusnahkan keupayaan operasi luar ISIS "keutamaan kami".



ISIS melancarkan pada Jumaat (21 Okt) serangan mengejut ke atas bandar Kirkuk, yang dikuasai Kurdi. Walaupun berpuluh-puluh penyerang, termasuk beberapa pengebom bunuh diri, gagal merampas bangunan pemerintah, mereka mencetuskan huru-hara di bandar kaya minyak dan campuran etnik besar itu.



Sekurang-kurangnya 51 pengganas dan 46 orang, kebanyakannya anggota pasukan keselamatan, terbunuh.



Bagaimanapun, keadaan sudah pulih di Kirkuk.



ISIS juga menyerang Rutba, sebuah bandar terpencil berhampiran sempadan Jordan, dengan lima bom kereta bunuh diri, kata komander tentera di kawasan itu pada Ahad.



Mereka menguasai pejabat mayor sekejap, tetapi pasukan keselamatan dengan cepat merampasnya semula, ujar beliau.



Serangan ISIS di Kirkuk dan Rutbak tidak mempunyai apa-apa kesan besar ke atas usaha tentera pemerintah dan Kurdi merebut kembali Mosul daripada kumpulan pengganas itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >