BAGHDAD: Pasukan Iraq telah memasuki benteng Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) di Fallujah dari tiga arah semalam, dalam satu tahap operasi bagi merampas semula bandar tersebut, kata para komander Iraq.
"Pasukan Iraq memasuki Fallujah di bawah perlindungan udara pasukan bersekutu antarabangsa, angkatan udara dan tentera udara Iraq, dan disokong artileri serta kereta perisai," kata Leftenan Jeneral Abdelwahab al-Saadi yang merupakan komander operasi tersebut.