Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tentera Syria serang Aleppo lagi

Feb 03, 2014 | 04:08 PM



DAMSYIK: Tentera Syria menyerang bandar Aleppo dengan ledakan bom dan serangan udara buat hari kedua berturut-turut, semalam, menyebabkan puluhan orang maut dalam masa 48 jam, kata sebuah badan pengawas, selepas rundingan damai negara itu tamat tanpa sebarang kesimpulan.

Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dalam serangan di bandar kedua terbesar di Syria semalam, kata kumpulan Syrian Observatory for Human Rights, selepas melaporkan 85 kematian dalam serangan pada hari sebelumnya.

Angka kematian Sabtu lalu adalah antara yang paling ramai sejak beberapa minggu ini dan mencerminkan perpecahan yang berlaku antara penyokong Presiden Bashar al-Assad dengan para penentangnya, meskipun selepas diadakan rundingan damai selama 10 hari.

Konflik yang berusia hampir tiga bulan itu menjadi satu perang besar selepas tindakan keras rejim itu ke atas protes antipemerintah di tengah-tengah berlakunya gerakan pemberontakan Arab Spring, yang telah menggulingkan beberapa pemimpin veteran Arab.

Lebih 136,000 terbunuh di Syria sejak konflik itu bermula, dengan bulan lalu disifatkan sebagai antara bulan paling berdarah, dan berjuta-juta rakyat Syria terpaksa berpindah dan menjadi pelarian di negara-negara jiran. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >