KUALA LUMPUR: Pegawai kerajaan yang ditahan kerana disyaki merekrut ahli untuk menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) tidak bekerja selama hampir setahun dengan alasan "masalah keluarga".
Lelaki berusia 37 tahun itu memohon cuti daripada kementerian tempat dia bekerja iaitu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kononnya untuk menjaga ibunya.