Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Terengganu bergolak dek usul tidak percaya

Mar 09, 2016 | 05:36 PM



KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, yang membentangkan usul undi tidak percaya terhadap menteri besar gagal muncul pada persidangan yang bersambung hari ini.

Namun, seorang wakil rakyat pembangkang memberi amaran bahawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar belum berakhir walaupun ia telah ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam.

Persidangan DUN pada Rabu berjalan lancar tanpa kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bagi kawasan undi Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang memulakan langkah menentang Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Tiada mana-mana wakil rakyat daripada pihak pembangkang membangkitkan mengenai usul undi tidak percaya.

Walau bgaimanapun wakil tunggal Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Adun Bandar, Encik Azan Ismail berkata, mereka mungkin tidak membangkitkan mengenai isu berkenaan buat masa ini namun menjelaskan pihaknya lebih mengambil berat mengenai bagaimana cara perkara itu dikendalikan.

Pada Selasa, Speaker Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul yang dikemukakan Ahmad dengan alasan tidak memenuhi syarat untuk mengemukakan notis selama 14 hari.

Encik Azan berkata, ia isu tersebut belum berakhir tetapi 'permainannya' baharu sahaja bermula.

Sementara itu, Presiden Parti Agama SeMalaysia (Pas), Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu.

Datuk Seri Abdul Hadi berkata, parti itu tidak terlibat dengan gerakan Datuk Seri Ahmad yang mencadangkan usul itu.

"Sehingga kini kita (PAS) tidak ambil bahagian. PAS hanya lihat isu-isu yang munasabah dan bukan isu untuk merebut jawatan," katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Malah, tindakan mantan menteri besar Terengganu itu, disifatkan sebagai 'gila talak'.

Menyatakan demikian, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Datuk Seri Ahmad itu akan melakukan apa sahaja untuk menyandang jawatan itu semula.

"Semua orang tahu Ahmad itu gila talak. Dia akan cuba sampai dia dapat. Tetapi itu hak dia sebagai Adun," katanya yang ditukil mStar Online hari ini.

"Apabila speaker tolak, dia (Datuk Seri Ahmad) akan kata speaker jahat dan sebagainya.

"Dulu jadi MB (menteri besar), memanglah dia gila talak, dia akan buat segala-galanya untuk jadi MB," kata Datuk Seri Azalina yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Seri Azalina berkata Datuk Seri Ahmad tidak sepatutnya mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul cadangannya itu.

"Sekarang ini ia tidak majoriti, jadi bagaimana usul dia (Ahmad) nak berjaya, jadi bagi saya hak dia nak masukkan usul tu dia boleh masukkan 100 kali pun, tapi ia akan ditolak," katanya. - mStar Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >