Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Terminal baru lapangan terbang Jakarta dibuka Selasa depan

Aug 04, 2016 | 11:09 AM



JAKARTA: Terminal baru di lapangan terbang antarabangsa utama Indonesia akhirnya akan dibuka Selasa depan (9 Ogos), selepas hampir dua bulan lewat disebabkan bintik buta di beberapa apronnya serta isu bekalan kuasa.



Kementerian Pengangkutan telah meluluskan fasa pertama operasi di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta, itu dengan 252 penerbangan domestik melibatkan syarikat penerbangan negara Garuda pada 9 Ogos, kata Encik Djoko Murjatmodjo, pemangku pengarah presiden pengendali lapangan terbang Angkasa Pura II, pada Rabu (3 Ogos).



Terminal itu, yang menelan belanja hampir 5 trilion rupiah ($509 juta) akan beroperasi sepenuhnya mulai Mac tahun depan, katanya.



Apabila beroperasi sepenuhnya, ia dapat mengendalikan kira-kira 25 juta penumpang setahun, mengurangkan lebihan kapasiti di dua terminal lain, yang apabila digabungkan boleh menampung 18 juta penumpang.



Jumlah tersebut masih jauh lebih rendah daripada 60 juta penumpang yang melalui lapangan terbang antarabangsa itu setiap tahun, kata Encik Djoko.



Mantan menteri pengangkutan Ignasius Jonan bimbang tentang keselamatan di lapangan tersebut selepas melawatnya pada Jun dan mengarahkan penambahbaikan.



Beberapa masalah yang dibangkitkan oleh pegawai kementerian itu telah ditangani dan keselamatan penumpang "dijamin", ujar pegawai lapangan terbang dan navigasi penerbangan pada Rabu.



Isu-isu lain, seperti papan tanda tidak lengkap, kebersihan dan tandas rosak, sedang diperbetul, kata Encik Djoko.



Seluas 422.804 meter persegi, terminal baru itu lebih besar sedikit daripada Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.



Pegawai sebelum ini berkata ia akan dapat menyaingi Changi serta Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, dan menarik penumpang antarabangsa untuk memilih Jakarta sebagai pusat transit.



Rancangan menamakannya Terminal 3 Ultimate juga telah dibatalkan. Ia kini dipanggil Terminal 3 sahaja.



Encik Djoko berkata terminal itu mempunyai kemudahan dan teknologi moden setanding dengan lapangan terbang lain di rantau ini, seperti sistem pengendalian bagasi automatik, sistem keselamatan pengesanan musa dan skytrain untuk ulang-alik antara terminal.



"Dari segi kemudahan dan keselamatan, kita setanding, dan kami harap lebih baik," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >