SEPANG: Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mengesahkan terminal khusus bagi penerbangan kos rendah terbesar di dunia, KLIA2, selamat dan mematuhi piawaian antarabangsa bagi memulakan operasi pertamanya pada 2 Mei ini.
Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berkata beliau telah menerima laporan daripada audit teknikal bebas ICAO baru-baru ini yang mengesahkan lapangan terbang itu mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa.