BANGKOK: Thailand dijangka mengadakan pilihan raya umum pada 20 atau 27 Julai depan.
Agensi berita Xinhua memetik anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (EC), Somchai Srisutthiyakorn sebagai menyatakan demikian.
Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand dijangka bertemu 70 parti politik pada 22 April ini bagi mendapatkan pandangan mengenai tarikh pilihan raya baharu.
Jika semua berjalan lancar Parlimen dijangka akan bersidang pada bulan September dan kerajaan baharu akan dibentuk pada bulan Oktober. - AGENSI