Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thailand hadapi cuaca panas melampau

Apr 22, 2023 | 07:30 PM



BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand hari ini (22 Apr) memberi amaran kepada penduduk di sebahagian besar kawasan negara ini, termasuk Bangkok, supaya mengelak daripada berada di luar bangunan berikutan keadaan cuaca panas melampau.



Suhu mencecah rekod setinggi 54 darjah Celsius di daerah Bangna, hari ini, menurut Jabatan Meteorologi, dengan pihak berkuasa menasihati penduduk supaya mengelak daripada melakukan aktiviti luar serta berwaspada akan ancaman strok haba.



Malah, Jabatan Mitigasi Dan Pencegahan Bencana Thailand memaklumkan, suhu dijangka melepasi paras 40 darjah Celsius di sekurang-kurang 28 wilayah, hari ini.



Jurucakap Kerajaan Thailand, Encik Anucha Burapachaisri, berkata cuaca panas melampau sejak kebelakangan ini menyaksikan penggunaan elektrik di Thailand meningkat tinggi membabitkan lebih 39,000 megawatt pada 6 April lalu, berbanding 32,000 megawatt April tahun lalu.



Sebahagian kawasan di Asia dilaporkan mengalami gelombang haba ekstrem, bulan ini, malah sesetengah negara mencatat suhu pada paras tidak pernah berlaku sebelum ini.



Di Bangladesh dan sebahagian India, cuaca panas melampau mendorong penggunaan elektrik melonjak sehingga menyebabkan bekalan elektrik terputus yang menjejaskan jutaan penduduk.



"Keadaan sekarang merupakan akibat perubahan iklim yang membawa kepada fenomena cuaca melampau," kata penyelidik oseanografi pantai dan perubahan iklim daripada Prince of Songkhla University di Thailand, Dr Mathinee Yucharoen. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >