KUALA LUMPUR: Polis Malaysia semalam mempertingkat amaran dalam negara, manakala rakyat Malaysia yang berkunjung ke Thailand diminta supaya berwaspada, berikutan laporan risikan yang berkata militan Syria rancang menyerang negara itu.
Bukit Aman mempertingkat keselamatan di Malaysia, terutama lokasi yang mempunyai kaitan dengan kepentingan Barat dan Russia.