Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Thailand mungkin hadapi kes mikrosefali berkaitan Zika

Sep 28, 2016 | 10:41 AM



BANGKOK: Thailand sedang menyiasat empat kes mikrosefali yang disyaki ada kaitan dengan Zika, melibatkan tiga bayi dan satu bayi dalam kandungan.



Ini mungkin kes mikrosefali berkaitan Zina yang pertama di Asia Tenggara.



Beberapa negara di rantau ini, termasuk Singapura, melaporkan peningkatan kes jangkitan Zika, dengan Thailand mempunyai jumlah kes antara tertinggi - 349 disahkan sejak Januari, termasuk 25 wanita hamil.



Menteri Kesihatan Awam, Encik Piyasakol Sakolsatayadorn, berkata pada Selasa (26 Sep) pihak berkuasa perlu teliti dalam siasatannya kerana pengesahan kes satu perkara "sensitif".



Dapatan siasatan akan dikeluarkan pada Jumaat, kata Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam, Encik Sopon Mekthon.



Pegawai kesihatan Amerika Syarikat telah membuat kesimpulan bahawa jangkitan Zika dalam kalangan wanita hamil boleh menyebabkan mikrosefali pada bayi, iaitu kecacatan kelahiran dengan bayi mempunyai saiz kepala kecil yang boleh menjejas perkembangannya.



Encik Piyasakol berkata tiga bayi dilahirkan dengan kepala kecil dan pemeriksaan menunjukkan satu bayi dalam kandungan juga mempunyai kepala kecil.



Daripada empat ibu itu, dua didiagnosis dijangkiti Zika ketika hamil tetapi dua lagi tidak disahkan mempunyai Zika, kata Dr Apichai Mongkol, Ketua Pengarah Jabatan Kementerian Sains Perubatan.



Dr Amnuay Gajeena, ketua pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand, berkata empat kes itu sedang dipantau. Beliau enggan menyatakan tempat wanita itu dijangkiti virus tersebut, tetapi berkata "ia bukan di Bangkok".



Jika disahkan, ia akan menjadi kes mikrosefali berkaitan Zika pertama di Asia Tenggara, kata WHO dalam satu kenyataan.



Beberapa pakar kesihatan menuduh Thailand meremehkan risiko daripada Zika.



Namun para pegawai menafikannya dengan berkata responsnya mencukupi dan ancaman satu lagi penyakit bawaan nyamuk, denggi, yang boleh membawa maut, lebih besar. - Reuters, The Nation/Asia News Network.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >