Thailand sahkan dua kes mikrosefali berkaitan Zika

BANGKOK: Thailand mengesahkan pada Jumaat (30 Sept) virus Zika telah menyebabkan dua kes mikrosefali di negara itu, kali pertama penyakit tersebut dikaitkan dengan Zika di Asia Tenggara.

Bayi yang dilahirkan dengan mikrosefali mempunyai saiz kepala luar biasa kecil, yang biasanya dikaitkan dengan perencatan mental.

"Ringkasnya, kita mendapati dua kes kepala kecil dikaitkan dengan Zika, kes pertama di Thailand," kata Dr Prasert Thongcharoen, penasihat kepada Jabatan Kawalan Penyakit, kepada wartawan di Bangkok.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata ia kes mikrosefali berkaitan Zika pertama di Asia Tenggara.

Kementerian Kesihatan Awam Thailand minggu ini berkata ia sedang menyiasat empat kes yang disyaki mikrosefali berkaitan Zika melibatkan tiga bayi dan satu bayi dalam kandungan 37 minggu. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:51
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:15
Isyak
8:24
3 HR PSI: 58
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.
Indeks ST 3,141.320 +14.390