PUTRAJAYA: Masih terlalu awal untuk mengaitkan kes letupan di sebuah kompleks di Bukit Bintang awal pagi semalam dengan sebarang kemungkinan termasuk tindakan pengganas, kata Menteri Dalam Negeri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, buat masa sekarang pihaknya sedang mengumpul maklumat dan menyiasat berkenaan insiden letupan itu yang mengorbankan seorang pekerja joki yang sebelum ini dilaporkan parah dan menyebabkan 13 yang lain cedera.