TIDAK ada sebarang tindakan akan diambil berhubung video yang kononnya menunjukkan mantan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu beberapa orang bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui sejumlah wang disalurkan ke akaun peribadinya.
Menyatakan demikian, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Ehwal Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, berkata video rakaman itu bukan saluran rasmi.