Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiada warga Singapura cedera dalam letupan Tianjin

Aug 13, 2015 | 11:24 AM



TIADA warga Singapura dilaporkan cedera berat dalam kejadian beberapa letupan di Tianjin, China, sejauh ini, menurut jurucakap Kementerian Ehwal Luar (MFA) sebagai respons kepada pertanyaan media.


Kedutaan Singapura di Beijing mengaktifkan sistem wardennya di Tianjin lewat malam tadi bagi memastikan keselamatan 79 warga Singapura berdaftar yang tinggal berhampiran kawasan kejadian, termasuk yang bekerja di Bandar Eko China-Singapura Tianjin, 16 kilometer dari tapak letupan.


Sehingga 10 pagi tadi, hampir semuanya sudah dapat dihubungi.


Warga Singapura di Tianjin boleh menghubungi Kedutaan Singapura di Beijing di talian +86-1391-0755-251 atau e-mel singemb_bej@mfa.sg untuk mengemas kini tempat mereka berada sekarang atau mendapatkan bantuan konsular.


Mereka boleh juga menghubungi Pejabat Petugas MFA sepanjang 24 jam di 65 6379 8800/8855 atau mfa_duty_officer@mfa.gov.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >