Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

AS tidak akan sertai tindak balas Israel terhadap Iran

Apr 15, 2024 | 02:46 PM



WASHINGTON: Presiden Joe Biden memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, bahawa Amerika Syarikat tidak akan menyertai serangan balasnya terhadap Iran.


Penyertaan Amerika adalah pilihan yang disenangi kabinet perang Encik Netanyahu, selepas Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu ke atas wilayah Israel, menurut pegawai.

Ancaman peperangan terbuka meletus antara Israel dan Iran dan mengheret Amerika meletakkan rantau itu dalam bahaya.

Masyarakat antarabangsa dan negara-negara Arab menyeru kedua-dua pihak itu supaya mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk dan berlanjutan.

Timbalan Duta Besar Amerika ke PBB, Encik Robert Wood, menyeru Majlis Keselamatan supaya mengutuk tindakan Iran itu.

Beliau berkata Washington akan menimbangkan langkah selanjutnya kepada badan dunia itu, agar Iran bertanggungjawab atas tindakannya, sambil memberi amaran tidak melakukan pencerobohan selanjutnya.

“Biar saya jelaskan: jika Iran atau proksinya mengambil tindakan terhadap Amerika atau tindakan lanjut terhadap Israel, Iran akan bertanggungjawab,” katanya.

Ketika Washington menekankan keinginannya mengelakkan keadaan bertambah buruk, Setiausaha Negara, Encik Antony Blinken, dan Setiausaha Pertahanan, Encik Lloyd Austin, berunding dengan rakan sejawatan mereka, termasuk di Arab Saudi, Turkey, Mesir dan Jordan.

Kedua-dua pegawai Amerika itu menekankan peri perlunya mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk, menghasilkan langkah diplomatik yang diselaraskan, sambil menegaskan bahawa Amerika akan terus menyokong pertahanan Israel.

Pegawai Israel berkata dalam mesyuarat yang diadakan pada 14 April kabinet perangnya, yang terdiri daripada lima anggota pemerintah Encik Netanyahu, memihak pada melancarkan tindakan balas terhadap Iran.

Bagaimanapun, mereka berbelah-bahagi tentang masa dan skala sebarang tindak balas. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >