Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SERANGAN PENGGANAS

Tidak sangka pemuda kaya, pintar dan tampan dipengaruhi pengganas

Jul 05, 2016 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Muda, pintar dengan wajah tampan, Nibras Islam datang daripada keluarga kaya dan dia meminati Bollywood.



Dia juga mempunyai ramai teman di universiti swasta di sini tempat dia mengikuti pengajian perdagangan selepas tiba dari Dhaka, pada 2012.



Namun, tiada sesiapa yang menyangka rakyat Bangladesh itu, yang dalam lingkungan awal 20-an tahun, dipengaruhi pengganas hingga membantu serangan di kafe Dhaka dengan 20 tebusan dibunuh secara kejam, Sabtu lalu.



Walaupun pihak berkuasa tidak mengeluarkan nama tujuh penyerang secara rasmi, akhbar Bangladesh, The Daily Star dan Dhaka Tribune, mengesahkan bahawa Nibras merupakan salah seorang penyerangnya.



Nibras pada mulanya dikenal pasti oleh pengguna media sosial.



Enam daripada tujuh penyerang telah ditembak mati dan sekeping gambar yang dipercayai mayat Nibras yang berlumuran darah, telah diedarkan secara meluas.



Kumpulan pengganas juga mengeluarkan gambar penyerang, termasuk Nibras.



"Ia pasti dia," kata rakan-rakan Bangladesh yang mengenali lelaki itu di media sosial.



Rakannya berkata beliau tidak pernah menyangka Nibras menjadi seperti itu kerana dia seolah-olah tidak berminat dalam politik, tidak warak dari segi keterampilan dan "bukan jenis yang ganas".



Nibras dipercayai belajar di sekolah Inggeris di Dhaka dan kemudian melanjutkan pengajian di universiti swasta di Bangladesh sebelum meneruskan pengajian di Malaysia.



Pemeriksaan mendapati Tweetnya sejak 2014 mempunyai kecenderungan emosi, yang menunjukkan dia menghadapi masalah hubungan.



Dalam laman Facebook, yang telah ditutup semalam, Nibras menulis mengenai peperangan di Timur Tengah dan berkata "mesti ada keamanan di sana" dan kehidupan adalah penting.



Penyerang di Dhaka itu dipercayai telah menghilangkan diri selama berbulan-bulan sebelum serangan dan laporan antarabangsa menyatakan Nibras tidak dapat dihubungi sejak Januari lalu.



Seorang pensyarah Bangladesh, yang berada di Malaysia selama lebih dua dekad tetapi tidak pernah tahu tentang Nibras, berkata masyarakat Bangladesh di sini mengecam keganasan.



"Kami mengutuk serangan itu dan masih terkejut dengan perkembangan yang berlaku," katanya sambil menambah bahawa rakyat Bangladesh yang belajar di sini mempunyai imej positif tentang Malaysia dan sistem pendidikannya.



Pensyarah itu berharap tidak akan berlaku kesan negatif terhadap kumpulan pelajar ini.



Polis Bangladesh telah mengeluarkan imej mayat penyerang dan lima nama pendek - Akash, Bikash, Don, Badhon dan Ripon - namun tidak memberi perincian lebih lanjut.



Kumpulan perisikan Site, pertubuhan yang mengesan pengganas, telah memuat naik gambar lima penyerang itu yang berdiri di depan bendera militan IS. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >