ORLANDO: Pihak berkuasa Amerika Syarikat semalam memberi amaran tidak akan bertolak ansur kepada sebarang ancaman terhadap umat Islam dan mungkin akan mendakwa perbuatan itu, selepas kejadian pembunuhan beramai-ramai di kelab gay yang dilakukan seorang Muslim.
Sebaliknya, pihak berkuasa meminta penduduk awam membantu dalam siasatan kes pembunuhan di kelab malam Pulse di Orlando, kejadian tembakan terburuk dalam sejarah Amerika yang meragut 49 nyawa dan mencederakan 53 yang lain.