Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tiga beranak mati lemas disebabkan 'selfie' di Pakistan

Aug 17, 2016 | 08:05 AM



PESHAWAR: Seorang budak perempuan berusia 11 tahun mati lemas pada Selasa (16 Ogos) selepas terjatuh ke dalam sungai di utara Pakistan ketika cuba mengambil 'selfie', sementara ibu bapanya meningggal dunia semasa cuba menyelamatkannya, kata para pegawai.



Kejadian itu berlaku di Sungai Kunhar, yang mengalir melalui wilayah Khyber Pakhtunkhwa, sebuah destinasi pelancong berbukit di kampung Beesian, sekitar 200km ke utara Islamabad.



Sungai dalam, berbatu dan deras itu popular bagi kegiatan rakit redah jeram.



"Budak itu, Safia Atif, sedang cuba mengambil selfie di tepi sungai apabila dia tergelincir dan jatuh," kata pegawai polis tempatan Arshad Khan, sambil menambah kejadian tersebut disaksikan pelancong lain.



Ibu Safia, Shazia Atif, terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan anaknya tetapi hanyut.



"Melihat isteri dan anak perempuannya lemas, bapa budak itu, Atif Hussain, juga terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mereka tetapi beliau menemui nasib sama," kata Encik Khan.



"Mayat ibu dan anak itu telah ditemui tetapi kami masih mencari mayat Hussain."



Beliau berkata ibu bapa itu doktor dari wilayah Punjab dan membawa keluarga mereka ke sana untuk bercuti.



Mereka meninggalkan seorang anak perempuan berusia sembilan tahun dan seorang anak lelaki enam tahun yang turut menyaksikan nahas tersebut.



Seorang pegawai berkata pihak berkuasa telah meletak tanda amaran menasihatkan orang ramai supaya jangan pergi dekat sungai itu.



"Setiap tahun sekitar 12 orang orang lemas di sini," katanya, yang meminta namanya tidak disiar.



"Ini tempat pelancongan dan orang biasanya datang ke sini untuk berkelah dan kebanyakan mereka orang luar yang tidak tahu tentang kedalaman sungai ini."



Kejadian yang digelar sebagai 'kematian selfie' telah meningkat dek bertambahnya telefon bijak.



Pada 5 Julai, polis Peru menemui mayat seorang pelancong Korea Selatan di bawah sebuah air terjun di hutan Amazon, beberapa hari selepas beliau terjatuh semasa mengambil selfie.



Seminggu sebelum itu, seorang pelancong Jerman berusia 51 tahun terjatuh 200m dan mati ketika bergambar di gunung di tapak arkeologi terkemuka Peru, Machu Picchu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >