Tiga disahkan mati akibat Zika di Venezuela

CARACAS: Tiga orang meninggal dunia di Venezuela akibat komplikasi yang dikaitkan dengan Zika, umum Presiden Nicolas Maduro pada Khamis (11 Feb).

Ia kematian pertama yang dikaitkan dengan virus bawaan nyamuk itu di negara tersebut.

Bercakap menerusi televisyen nasional, Encik Maduro berkata terdapat 319 kes Zika yang disahkan di negara itu, sambil menambah: "Malangnya kita mempunyai tiga kematian akibat Zika di seluruh negara."

Pada masa ini tiada ubat atau vaksin bagi Zika.

Kes Zika yang disahkan telah didapati di 26 negara, merangkumi 7,000 km dari Mexico ke Paraguay, menurut Pertubuhan Kesihatan Seluruh Amerika.

Brazil terjejas paling teruk oleh wabak itu, dengan 1.5 juta orang dijangkiti sejak awal tahun 2015, diikuti dengan Colombia.

Pelancong juga telah merebakkan jangkitan ke utara benua Amerika, hingga ke Canada, dan di luar negara.

China mengesahkan kes import Zina pertamanya minggu ini. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.