LONDON: Tiga pelajar perempuan di London yang pergi ke Syria awal tahun ini, dipercayai bagi menyertai kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), telah menghubungi keluarga mereka di Britain.
Mereka - Shamima Begum, 15 tahun; Kadiza Sultana, 16 tahun; dan Amira Abase, 15 tahun - pergi ke Turkey pada Februari lalu dan dipercayai telah menyeberang sempadan memasuki kawasan Syria yang dikuasai ISIS.