JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melancarkan operasi saman tertunggak bagi kenderaan warga asing di tiga laluan masuk ke bandar raya ini, bermula semalam.
Operasi besar-besaran yang berterusan untuk beberapa hari ini membabitkan 200 pegawai dan anggota trafik Bukit Aman serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.