Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tikai firma dana M'sia, Abu Dhabi buat 1MDB berisiko mungkir perjanjian bon

Apr 18, 2016 | 08:59 AM



KUALA LUMPUR: Pertikaian semakin buruk antara syarikat dana pelaburan Malaysia dan Abu Dhabi mengenai transaksi berbilion dolar mengancam mencetus krisis kewangan besar bagi kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Ia berkaitan wang AS$3.54 bilion ($4,8 bilion) yang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkata ia bayar pada 2012 kepada sebuah unit International Petroleum Investment Company (IPIC), sebuah syarikat dana pelaburan kerajaan Abu Dhabi.



Namun, IPIC berkeras menyatakan ia tidak pernah menerima wang tersebut.



Minggu lalu, IPIC memberitahu 1MDB ia telah gagal membayar di bawah perjanjian bon kompleks antara dua firma itu, menurut para pegawai kerajaan Malaysia dan eksekutif kewangan yang dekat dengan keadaan tersebut.



Wang itu sebahagian daripada pembayaran di bawah perjanjian Mei 2012, di mana IPIC, yang disenarai di London, menjamin bon 1MDB bernilai AS$3.5 bilion. Sebagai balasan, 1MDB bersetuju membuat pembayaran sebagai cagaran kepada anak syarikat IPIC, Aabar.



Kesan pertikaian ini akan diuji pada hari-hari mendatang kerana tarikh bayaran faedah kira-kira AS$50 juta kepada pemegang bon 1MDB ialah Selasa (19 Apr).



Di bawah perjanjian bon itu, yang menyaksikan IPIC bertukar-tukar hutang bagi aset daripada 1MDB, IPIC mesti membuat bayaran faedah.



Para pegawai kerajaan Malaysia, yang bercakap kepada akhbar The Straits Times dengan syarat nama mereka tidak disiarkan, berkata IPIC secara tidak rasmi telah memberitahu 1MDB ia tidak merancang membuat pembayaran faedah itu kerana perjanjian bon tersebut telah dilanggar.



Kerajaan Malaysia pula mengambil pendirian ia tidak akan campur tangan untuk menampung pembayaran itu kerana ia tidak melakukan sembarang kesalahan.



1MDB sedang disiasat bagi dakwaan rasuah di sekurang-kurangnya tujuh negara, termasuk Singapura.



Kekecohan terkini timbul minggu lalu apabila IPIC mengisytiharkan dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham London bahawa ia tidak menerima bayaran berbilion dolar yang 1MDB kata ia telah lakukan.



IPIC berkata ia sedar daripada laporan media bahawa 1MDB telah menghantar wang kepada sebuah syarikat - Aabar Investments PJS Ltd - di Kepulauan Virgin British (BVI), tetapi syarikat itu "bukan salah satu daripada entiti dalam kumpulan syarikat IPIC".



Selepas mesyuarat tergesa-gesa minggu lepas dengan pengurusan tertinggi 1MDB, peguam dan pegawai Kementerian Kewangan, Datuk Seri Najib mengambil pendirian bahawa sembarang liabiliti korporat harus ditanggung oleh Abu Dhabi dan entiti milik negara itu.



Keputusannya itu, menurut para pegawai kerajaan dan eksekutif kewangan dekat dengan keadaan tersebut, berdasarkan fakta bahawa IPIC sebelum ini menghormati perjanjian itu dan membayar faedah lebih AS$100 juta Oktober lalu dan November.



Kuala Lumpur juga hairan mengapa IPIC mengambil masa lebih tiga tahun untuk mengisytiharkan bahawa ia tidak menerima sembarang bayaran.



Implikasi pertikaian tersebut meluas bagi Malaysia dan pasaran kewangan serantau.



Eksekutif kewangan kanan yang tahu butir-butir mesyuarat minggu lalu berkata Datuk Seri Najib, yang juga Menteri Kewangan, telah dinasihatkan jika 1MDB tidak membayar ansuran faedah minggu ini, ia bermakna syarikat itu melanggar perjanjian bon bernilai AS$3.5 bilion itu.



Ini seterusnya boleh mencetuskan apa yang dipanggil sebagai kegagalan membayar merentasi komitmen lain 1MDB lain. Ia bermakna pemiutang lain 1MDB boleh menuntut pelunasan awal atau bayaran lebih cepat bagi komitmen kewangan lainnya, yang kini berjumlah kira-kira AS$5.1 bilion.



Apa lagi, ia juga boleh memberi kesan buruk kepada usaha Malaysia mengumpul dana yang amat diperlukan dalam pasaran bon antarabangsa, dan menjejas penilaian kreditnya. Ini akan menjadikan lebih mahal untuk syarikat berkaitan kerajaan dan badan swasta Malaysia meminjam wang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >