Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tikai Laut China Selatan: Cameron galak China patuh keputusan tribunal

May 26, 2016 | 09:22 AM



TOKONAME (Japan): Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, yang tiba di Jepun pada Khamis (25 Mei) bagi sidang puncak Kumpulan Tujuh (G-7), menggalak Beijing dan negara lain mematuhi ketetapan yang bakal dibuat oleh suatu tribunal antarabangsa mengenai pertikaian wilayah antara China dan Filipina.



Semasa ditanya apakah China mesti mematuhi keputusan itu, Encik Cameron memberitahu pemberita: "Kami percaya demi kepentingan Britain, dalam semua kepentingan kami, bahawa kita harus mempunyai sebuah dunia yang berdasarkan pematuhan pada institusi di dunia itu dan peraturan dunia itu.



"Itu sesuai dengan kami, ia baik untuk kami dan ia baik untuk dunia, jadi kami mahu menggalak China menjadi sebahagian daripada dunia berasaskan peraturan itu.



"Kami menggalak semua pihak mematuhi penghukuman itu dan Britain sentiasa mengambil pandangan itu, dan saya yakin ia akan menjadi sesuatu yang kami bincangkan."



Ketegangan antara Filipina dan China meningkat sedang Mahkamah Timbang Tara Tetap di The Hague bersedia menyampaikan keputusannya dalam tempoh beberapa minggu akan datang mengenai kes yang dibentang Manila pada 2013, yang boleh menjejaskan tuntutan Beijing ke atas 90 peratus daripada Laut China Selatan.



Beijing menegaskan mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa, dengan alasan sembarang tuntutan bertentangan dengan tuntutannya bermotif politik, dan telah memulaukan prosiding mahkamah tersebut.



Bagaimanapun, China juga menandatangani Konvensyen mengenai Undang-Undang Laut PBB.



Manila menuduh Beijing melanggar konvensyen itu dan menggesa tribunal tersebut, yang ditubuhkan pada 1899, memberi keputusan mengenai pertikaian itu. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >