Tikai Laut China Selatan: China tolak keputusan mahkamah timbang tara

BEIJING: Seorang diplomat kanan China menegaskan lagi pada Jumaat (30 Okt) bahawa China tidak akan menyertai atau menerima kes yang dibawa ke mahkamah timbang tara di The Hague mengenai pertikaian Laut China Selatan.

Kementerian Luar China juga menggesa Filipina supaya kembali ke "laluan betul" yang merupakan rundingan bagi menyelesaikan pertikaian mereka mengenai Laut China Selatan.

Naib Menteri Luar China, Encik Liu Zhenmin, memberitahu pemberita kes itu, yang difailkan oleh Manila, tidak akan menjejas tuntutan kedaulatan China di laut tersebut.

Mahkamah di The Hague memutuskan pada Khamis (20 Okt) bahawa ia mempunyai kuasa untuk mendengar beberapa tuntutan wilayah yang difailkan Filipina terhadap China mengenai kawasan yang dipertikai di Laut China Selatan.

Tribunal itu mendapati ia mempunyai kuasa untuk mendengar tujuh permohonan Manila di bawah Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unclos) dan keputusan China tidak menyertai prosiding tersebut "tidak menafikan kuasa tribunal ini".

China memulaukan prosiding tersebut dan menolak kuasa mahkamah tersebut dalam kes itu.

Beijing menuntut keseluruhan Laut China Selatan, menolak tuntutan kepada bahagian-bahagian tertentu laut tersebut oleh Vietnam, Filipina, Taiwan, Malaysia dan Brunei. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 23
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.