Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tikai Laut China Selatan: Manila tutup hujah cabar tuntutan Beijing di tribunal antarabangsa

Dec 01, 2015 | 10:25 AM



THE HAGUE: Filipina berusaha menolak tuntutan China ke atas pulau-pulau yang dipertikai di Laut China Selatan, sedang sebuah tribunal antarabangsa menutup perbicaraan lima harinya, menurut pegawai mahkamah pada Isnin (30 Nov).


Walaupun Beijing enggan menyertai perbicaraan di Mahkamah Timbang Tara Tetap itu, hakim kini memberi China sehingga 1 Jan untuki menulis bagi membantah hujah yang dibentangkan oleh Manila di The Hague.


"Kami melihat China sebagai kawan yang dihargai, dan disebabkan mahu mengekalkan persahabatan inilah kami memulakan timbang tara ini," kata Setiausaha Luar Filipina, Encik Albert del Rosario Ferreros, apabila menutup hujah negaranya, menurut satu kenyataan mahkamah.


Beijing menuntut kedaulatan ke atas hampir seluruh Laut China Selatan.


Bagaimanapun, ia juga antara pihak yang memeterai Konvensyen mengenai Undang-Undang Laut PBB.


Manila meminta tribunal itu membuat keputusan mengenai pertikaian tersebut dengan menuduh Beijing melanggar konvensyen itu.


Filipina berhujah "tuntutan China bagi hak kedaulatan bidang kuasa, dan 'hak sejarah', berkenaan kawasan maritim di Laut China Selatan... bertentangan dengan Konvensyen itu," kata mahkamah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat Isnin.


Filipina juga percaya China gagal "dalam kewajipannya menghalang rakyatnya mengeksploitasi sumber-sumber di mana Filipina mempunyai hak kedaulatan dan gagal menghormati hak tradisional menangkap ikan di Scarborough Shoal," kata kenyataan itu.


Pegawai Filipina berkata Beijing gagal melindungi sekitaran marin dengan menggunakan kaedah penangkapan ikan merosakkan seperti sianida dan bahan letupan, manakala kapal-kapalnya terbukti membahayakan di laut.


Walaupun selepas Manila melancarkan prosiding mahkamah, Beijing memburukkan lagi ketegangan dengan "membina pulau buatan di hampir semua ciri-ciri maritim yang buat masa ini di bawah kawalannya".


Perbicaraan dijalankan secara tertutup, tetapi Australia, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam dibenarkan menghantar pemerhati.


Menyusuli kebuntuan antara kapal China dan tentera laut Filipina pada 2012, China mengambil alih kawasan menangkap ikan yang kaya yang dipanggil Scarborough Shoal, yang terletak dalam zon ekonomi eksklusif yang dituntut Filipina.


Tribunal itu akan mengeluarkan keputusannya pada 2016, walaupun tanpa kehadiran para pegawai China. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >