Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tikai Laut China Selatan tidak harus libatkan buli: Rumah Putih

Feb 10, 2016 | 11:16 AM



WASHINGTON: Presiden Barack Obama akan menyampaikan mesej tegas kepada China semasa sidang puncak dengan Asean minggu depan bahawa pertikaian di Laut China Selatan perlu diselesaikan secara aman dan bukan dengan negara besar "membuli" jiran lebih kecil, kata Rumah Putih pada Selasa (9 Feb).


Encik Obama juga akan menangani "provokasi" Korea Utara - ujian nuklear bulan lalu dan pelancaran roket hujung minggu lepas - apabila beliau menjadi hos pemimpin Asean di California pada Isnin (15 Feb) dan Selasa, berkata pembantunya.


Timbalan penasihat keselamatan negara Amerika, Encik Ben Rhodes, berkata Presiden Obama akan menegaskan bahawa pertikaian wilayah di Laut China Selatan, di mana China dan beberapa Asia Tenggara negeri mempunyai tuntutan bercanggah dan bertindih, perlu ditangani melalui rundingan dan selaras dengan norma antarabangsa.


Walaupun China tidak akan diwakili, pembantu Encik Obama menjelaskan tindakan Beijing di Laut China Selatan, di mana ia telah membina pulau yang pegawai Amerika syak boleh bertukar menjadi penggunaan tentera, akan menjadi antara tumpuan sidang kemuncak di resort Sunnylands, berhampiran Palm Springs, California, itu.


"Presiden akan menggesa semua pihak yang menuntut supaya menghentikan penambakan tanah, pembinaan kemudahan baru dan tidak menenterakan pos di Laut China Selatan," kata Encik Dan Kritenbrink, penasihat kanan Encik Obama mengenai Asia, kepada pemberita dalam persidangan melalui telefon tentang sidang puncak Asean itu.


China menuntut sebahagian besar Laut China Selatan, laluan bagi lebih AS$5 trilion ($7 trilion) perdagangan dunia setiap tahun. Vietnam, Malaysia, Brunei, Filipina dan Taiwan mempunyai tuntutan saingan.


Encik Rhodes berkata sebahagian daripada mesej Encik Obama pada sidang puncak itu ialah mengenai peri perlu "mengelakkan usaha menyelesaikan pertikaian ini melalui satu negara, negara lebih besar, membuli yang lebih kecil", menegakkan kebebasan pelayaran dan mengelak tindakan ketenteraan "tidak disengajakan dan tidak perlu"di Laut China Selatan.


Presiden Obama khususnya akan berbincang dengan pemimpin Asia Tenggara mengenai kebimbangan beliau tentang ujian penerbangan baru-baru ini oleh China di landasan yang baru dibinanya di Terumbu Fiery Cross di Kepulauan Spratly yang dipertikai, kata Encik Rhodes.


Bagaimanapun, Encik Obama dijangka menghadapi perpecahan dalam Asean berhubung sejauh mana mereka bersedia membuat China marah.


Filipina dan Vietnam mengambil pendirian tegas manakala Kemboja dan Laos lebih keberatan berhadapan dengan Beijing.


Pada masa sama, Encik Obama akan mengemas kini pemimpin Asia Tenggara mengenai usaha meningkatkan tekanan sekatan antarabangsa ke atas Korea Utara berkaitan program nuklear dan peluru berpandunya, satu proses yang para pegawai Amerika berkata China mempunyai sebab untuk membantu. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >