Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tikus dilihat atas sedulang roti di bakeri di pusat beli-belah KL

Oct 25, 2016 | 03:12 PM



PETALING JAYA: Sebuah francais kedai roti meminta maaf bagi satu "insiden malang" di mana seorang pelanggan nampak tikus atas dulang roti yang baru dimasak, di kedainya di sebuah pusat beli-belah popular di Kuala Lumpur.



Komugi Bakery Malaysia berkata kehadiran tikus satu "masalah yang diketahui" di pusat beli-belah itu.



"Kami telah cuba menyelesaikan (masalah ini) buat beberapa waktu," kata Komugi Malaysia, semasa mengulas mengenai pos Facebook kejadian itu, sambil menambah ia telah melaporkan perkara tersebut kepada pengurusan pusat beli-belah.



Komugi berkata ia sebahagian daripada "usaha berterusan" untuk memastikan semua cawangan dan produknya tidak terjejas oleh "masalah perosak" di pusat beli-belah.



"Kami berharap ini tidak menghalang anda daripada menyokong jenama kami," katanya.



Gambar tikus di atas sebuah dulang roti yang baru dimasak mula tersebar di media sosial selepas pengguna Facebook Melon Roux memuat naik gambar-gambar itu pada Ahad (23 Okt).



Beliau tidak menyebut nama rantaian kedai roti itu, tetapi tanda perniagaan Komugi - lilitan berwana kuning - dilihat dalam gambar tersebut.



Wanita itu berkata beliau "tergamam seketika" apabila melihat tikus tersebut



"Pulangkan semua pastri di atas dulang saya dan beritahu salah seorang kakitangan tentang perkara ini. Semoga pada masa akan datang mereka lebih berjaga-jaga," katanya. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >