Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Tindakan China desak kenyataan 'kesepakatan' buat Asean perpecah

Jun 16, 2016 | 10:18 AM



CHINA mendesak anggota Asean supaya menyokong satu kenyataan kesepakatan 10 perkara yang merumuskan perbincangan dalam sebuah mesyuarat pada Selasa (14 Jun), tetapi ini membuat kumpulan serantau itu berpecah belah, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis (16 Jun).



Dalam mesyuarat khas menteri luar dua pihak itu di Kunming, Asean telah menyediakan satu kenyataan bersama yang menyatakan "kebimbangan serius" mereka mengenai perkembangan terbaru, untuk dibacakan dalam satu sidang media bersama China.



Bagaimanapun pada saat-saat akhir, China sebaliknya membentangkan kepada para menteri Asean itu satu kenyataan kesepakatan 10 perkara, yang kumpulan 10 anggota itu tidak dapat terima.



Kemudian diputuskan bahawa Asean, yang diwakili oleh Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, sebagai pengerusi bersama mesyuarat itu dengan Menteri Luar China, Encik Wang Yi, tidak akan menghadiri sembarang sidang media bersama kerana tidak sopan untuk tidak bersetuju dengan menteri China itu di khalayak ramai.



Kumpulan itu mengambil keputusan mengeluarkan kenyataan bersama secara berasingan kepada media. Kenyataan itu menyatakan "kebimbangan serius terhadap perkembangan terkini dan berterusan, yang telah menghakis kepercayaan dan keyakinan, meningkatkan ketegangan dan yang mungkin berpotensi menjejas keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan".



Ia juga menyeru kebebasan pelayaran dan huraian aman pertikaian mengikut undang-undang antarabangsa.



Namun, itu juga ditenggelamkan oleh China, yang difahamkan melobi rakan-rakannya dalam Asean supaya menghalang kenyataan itu.



Memandangkan tiada kata sepakat, negara-negara Asean memutuskan akan mengeluarkan kenyataan masing-masing sebagaimana mereka rasa patut.



Tetapi dalam apa yang digambarkan sebagai tanda kecewa atas tekanan amat besar yang China kenakan ke atas Asean, Kementerian Luar Malaysia mengeluarkan kenyataan bersama Asean itu pada petang Selasa.



"Tindakan Malaysia mengeluarkannya memaparkan kekecewaan besar lima anggota Asean asal serta Vietnam mengenai tingkah laku kasar dan sombong pihak China," kata seorang pegawai Asean.



Malaysia menarik balik kenyataan bersama itu beberapa jam kemudian, membawa kepada kekeliruan apakah memang terdapat satu kenyataan serupa itu.



Pemerhati, yang menunjuk pada perpecahan dalam Asean, menyifatkan apa yang berlaku sebagai "kegagalan diplomatik".




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >